Virus Promoter - [img]http://2.srv.fotopages.com/2/15301675.jpg[/img] - Fotopages.com
Penampilan diri, bukanlah segalanya
Beliau merupakan seorang Pengarah dan Profesor di sebuah institusi penyelidikan ternama/tersohor di China.
Lihatlah penampilan beliau, begitu sederhana sekali. Tapi prestasi penyelidikan di Institusi beliau sangat mengagumkan.
Penampilan diri tidak penting, kalau kerja bagus, orang akan hargai juga.
(Nota: lagipun beliau sedang bercuti, alang-alang dah ada di Malaysia, kitaorang jemput dia bagi talk).
Respect!
-virus promoter-
Hasil daripada ber"muqabalah" di fotopages rakan-rakan
Di antara masa menunggu kerja-kerja di lab (ayat apa ni?) saya meluangkan waktu menziarahi fotopages rakan-rakan. Banyak juga gambar-gambar lama yang sempat saya ambik.
Macam selalu, kepada tuan-tuan rumah, saya mohon maaf sebab cilok macam tu je gambar-gambar ni.
Nanti bila tuan-tuan dan puan-puan dah kembali ke tanahair, meh datang ke rumah, saya belanja cendul.
-virus promoter-
Semasa majlis berbuka puasa di Dewan Apakenamanyasebelahchurchtepikuburdepanrumahustazmazrul, Loughborough.
"Betulll..cuma 0.01 saat je Gaban tukar uniform kat ruang angkasa setan"
"Tu dia aihh! Laju sungguh..menyesai aku tak tengok episod tu semalam"
Yang depan tu tak berapa penting, yang pentingnya jejaka berbaju belang kat belakang nun..hehee
walaupun cuma bertiga, tapi majlis harijadiku sungguh happening!!!
"Mirul, kalau nak berkat dunia dan akhirat, kita kena selalu gosok gigi"
"Iyolah pakcik oii..maleh eden nak layan eh"
ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasik..
Sekarang tibalah giliran saya pulak demam..semalam pergi klinik, tapi tak cek darah lagi..esok pagi (kalau demam masih tak kebah) kena pergi klinik lagi, buat blood test...
-v promoter-
Denggi
Kenapa banyak sangat kes denggi sekarang ni? Sampaikan kawasan kampung pun dah tak selamat lagi.
salam.
-virus promoter-
Tak ada ubat yg lebih mujarab, melainkan air garam ini sahaja..dan doa!
pesakit dan business nya..
Penghabis nasik hospital, bila pesakit hilang selera makan
Setelah 5 purnama berlalu..
Kebelakangan ni, bukan main susah nak acces ke fotopages. Dah hampir 2 minggu kena block oleh admin. Tak tahulah apa yang ditakutnya..
Ntah apa mimpi, pagi ni boleh pulak ke laman fotopages. Dapat le update sedikit-sebanyak..
Ini gambar puteri-puteri kitaorang. Si kenit tu dah lima bulan..rasa macam kejap je..
-virus-promoter-
Gambar lama
-virus-
p/s- nampak sangat dah semakin tua kita ni...
Meraikan..
Sebagai meraikan kehebatan dan keunggulan Man United untuk musim ini, saya perturunkan beberapa gambar (yang sesetengahnya saya "pinjam" dari fotopages kawan-kawan) untuk tatapan peminat Man U di serata dunia.
-virus promoter-
Two die-hard fans, zaman ryan gigs tengah top..
Setelah sepurnama berlalu...
-vpromoter-
Adik Umairah
Seorang ahli keluarga kitaorang yang baru, telah selamat melaporkan diri di Az Zahrah pada Februari 18, 2008 yang lalu. Walaupun kedatangan beliau memang telah dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu - kira-kira 9 bulan yang lepas - agak terkejut juga saya menerimanya kali ini.
Sebabnya, kedatangan beliau yang di tengah-tengah malam.
Sampai sekarang, terkejutnya saya itu masih tak hilang-hilang. Asal tengah malam je, dia tak mahu tidur, dia ajak sembang..aduss.
"adik..esok abah nak kerja..sembang le dengan mak pulak"..
24 Jam yang terakhir
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat bermain.
Salam hormat pada semua di bumi Sutton Bonington dan Loughborough.
Azmi, Liza & Umairah
2004 - 2007