Want your
own Fotopage?







 
Virus Promoter
[img]http://2.srv.fotopages.com/2/15301675.jpg[/img]
By: Virus Promoter

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 13-May-2008 02:41 Email | Share | | Bookmark
Meraikan..

 
 
 
 
Assalamualaikum..

Sebagai meraikan kehebatan dan keunggulan Man United untuk musim ini, saya perturunkan beberapa gambar (yang sesetengahnya saya "pinjam" dari fotopages kawan-kawan) untuk tatapan peminat Man U di serata dunia.

-virus promoter-




Two die-hard fans, zaman ryan gigs tengah top..



Sori, lagipun saya bukan macam encik gerrard, kat rumah saya tak ada line internet. Susah sikit saya nak update selalu...walau macam mana pun, eloklah cukur rambut tu, dah panjang sangat dah saya tengok..
Mon 2-Jun-2008 00:33
Posted by:virusPromoter
Sori, lagipun saya bukan macam encik gerrard, kat rumah saya tak ada line internet. Susah sikit saya nak update selalu...walau macam mana pun, eloklah cukur rambut tu, dah panjang sangat dah saya tengok..
Mon 2-Jun-2008 00:33
Posted by:virusPromoter
ish...ishh..ishh
euro 2008 pun dah masuk final...
FP saudara nie tak update2 lagi????
takkan nak tunggu final piala malaysia baru nak update FP kot??
Sun 29-Jun-2008 13:19
Posted by:gerrard
View all 11 comments Add comment


Monday, 31-Mar-2008 07:37 Email | Share | | Bookmark
Setelah sepurnama berlalu...

 
 
 
 
 
 
View all 11 photos...
Alhamdulillah, majlis aqiqah + tarik buai + cukur jambul telah selamat diadakan pada minggu lepas di kampung. Gambar agak kabur sedikit sebab guna hanpon, kitaorang tertinggal kamera. Dah keluar dari tol Jalan Duta baru perasan beg kamera dan video tertinggal, malas nak patah balik.

-vpromoter-






papa najlah, aku pun tak tau la..tapi aku suka dengan camera ni sebab dia mampu memahami hasrat dan impian penggunanya...pandai kamera ni ambik ati tuan dia..tentang team bola tu, biasa le..sama jugak dengan kes d' blues, sejak murinho tak ada, chelsea makin kuat walaupun perut avram lebih besar dari perut murinho.
Thu 8-May-2008 00:28
Posted by:v-promoter
laaaa....
berjanggut saya tunggu,
tak update2 gak FP saudara azmi nieeee.......
ishhh..ishhhh..isshhhh...

dah la amik gambar guna kamera fon...
tak cantek lak tu...

saya bagi last warning yg pertama......
sila update FP anda.......

sekian tima kasih.......
Thu 8-May-2008 16:24
Posted by:gerrard
Tu dia aihh..panjang sungguh warning en. gerrard. Mungkin En. gerrard masih lagi kecewa dengan kemenangan Man U. Walau macam mana pun, segala pandangan tuan akan saya ajukan pada mesyuarat bahagian minggu depan...
Mon 12-May-2008 08:29
Posted by:v-promoter
View all 15 comments Add comment


Friday, 7-Mar-2008 10:55 Email | Share | | Bookmark
Adik Umairah

 
 
 
Alhamdulillah

Seorang ahli keluarga kitaorang yang baru, telah selamat melaporkan diri di Az Zahrah pada Februari 18, 2008 yang lalu. Walaupun kedatangan beliau memang telah dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu - kira-kira 9 bulan yang lepas - agak terkejut juga saya menerimanya kali ini.

Sebabnya, kedatangan beliau yang di tengah-tengah malam.

Sampai sekarang, terkejutnya saya itu masih tak hilang-hilang. Asal tengah malam je, dia tak mahu tidur, dia ajak sembang..aduss.

"adik..esok abah nak kerja..sembang le dengan mak pulak"..






Salam, TAHNIAH... Alhamdulillah..dua puteri...ntah le boleh berbesan ke tak ?..hehe , doakan Abah Haziq akan diribut taufankan 25 hb Mac. Balik Malaysia 2 April..kasik no phone yea? Boleh contact...Salam utk semua...
Mon 10-Mar-2008 20:31
Posted by:ABAH HAZIQ GLASGOW
eh p.long gemuk, danilah ke nadilah..? sekali terbalik daa...
Wed 12-Mar-2008 07:33
Posted by:acu dejalwaysmile@yahoo.com
Acuuuuu...Nadhilah Safiah le...sedap-sedap je bagi saya nama baru tu..

Org Kegworth..insya allah, kalau ada rezeki terpijak hendak juga berkunjung ke sana, tapi tak tahu bila le lagi...

Mama Aliya, hari tu dalam senyap-senyap umairah dukung adik dia. Nasib baik adiknya berbedung..berderau darah mak dia.

A.H. Glasgow, selamat bersilat..insya allah semuanya akan selesai dengan jaya. Ini no phonenya: 0193554767. Selamat kembali ke tanah air.
Fri 14-Mar-2008 02:33
Posted by:v-promoter
View all 8 comments Add comment


Thursday, 3-Jan-2008 10:34 Email | Share | | Bookmark
24 Jam yang terakhir

 
 
Walau pun seronok nak bertemu famili dan sahabat-sahabat lama, tetap rasa sayu dan sedih nak meninggalkan "famili" di England.

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat bermain.

Salam hormat pada semua di bumi Sutton Bonington dan Loughborough.

Azmi, Liza & Umairah
2004 - 2007



Care to comment?


Sunday, 16-Dec-2007 01:45 Email | Share | | Bookmark
Suatu ketika tidak berapa lama dahulu...

kumpul dulu, sebelum pergi...
dah sampai..
boring..jom balik..
View all 4 photos...
Salam semua..

Malam tadi seorang sahabat saya telah mengirim beberapa keping gambar yang diambil sebulan yang lepas. Gambar-gambar ini diambik bersempena remembrance acara bonfire night. Tiap-tiap tahun diadakan, tapi inilah kali pertama saya dan kawan-kawan yang lain datang tengok.*apalah yang dibuat mat saleh ni*.

Secara ringkasnya - sebab saya tak tahu dan tak mahu ambik tahu secara detailnya - Bonfire night ni adalah celebration following tertangkapnya seorang mamat yg bernama Guy Fawkes yang terkantoi semasa nak meletupkan bangunan Parlimen pada 5 November 1605. Maka, untuk merayakan kehebatan M15 dalam menggagalkan plot al-maunah Guy Fawkes, parlimen Inggeris telah mewartakan satu act pada tahun 1606 yang berbunyi "An Acte..bla..bla..Thanksgiving to Almighty God...bla..bla..everie yeere (ejaan every year 500 tahun dulu) of the Fifte of November".

So, tiap-tiap tahun on the 5th of November, diaorang duduk keliling unggun api, kononnya commomerating, dan tengok pertunjukan bunga api. Kitaorang yang melayu ni, pun tumpang tengok le sekali..





Care to comment?


Wednesday, 12-Dec-2007 23:57 Email | Share | | Bookmark
Konfem tutup, alhamdulillah...

 
Alhamdulillah...

Semalam konfem kedai dah tutup. Customer last sekali yang bertandang, keluar dari kedai saya pada pukul 2.45 pm, setelah sembang-sembang sambil minum kopi bermula jam 12.15 tengahari.

Maka tamatlah perjuangan saya di bumi asing ini.

Syukur alhamdulillah..

-virus promoter-


Terima kasih fifi fad..jangan lupa makan nasik kandaq banyak-banyak sebelum datang sini balik...
Sun 16-Dec-2007 02:38
Posted by:virus promoter
mana pi ni lamer menghilang ni??? baby dah kuar ker laki ke pompuan?dah nak bersawang dah blog ni heheheh .
Wed 5-Mar-2008 07:09
Posted by:dwan insyirah_ridzuan@yahoo.com.my
hehehe..sabar uncle dwan, ayah saya tengah busy tu...
Fri 7-Mar-2008 11:14
Posted by:v-promoter
View all 8 comments Add comment


Tuesday, 13-Nov-2007 21:17 Email | Share | | Bookmark
Tiga Teratai 1984

hensemnya saya masa ni..
Ada seorang sahabat lama emailkan saya gambar ini, sesi bergambar masa sekolah rendah berpuluh tahun yang lampau. Seronok, happy dan ketawa guling-guling bila belek gambar lama macam ni.

Baru saya sedar, rupa-rupanya saya ni dari dulu lagi dah hensem orangnya ..
kenapa? tak percaya?

Salam
-virus promoter-

ahh... dah dapat cam dah... mesti yang berdiri kat belakang tu no 4 dari kanan. Betul ker... ekkkk?
Wed 14-Nov-2007 14:13
Posted by:wazir cute
kalu jawapan betul, no 1 berdiri dari kanan. dari kecik dah nampak macam boroi... sure tak makan ubat cacing.
jawapan tak betul, rasanya 4 berdiri dari kanan (aku sokong cadangan encik heri tu).
Wed 14-Nov-2007 14:43
Posted by:paiz trezeguet
en. gerrard, mata kasik bukak besar-besar sikit..yang paling tough tu lah saya..

wazir-c and p-trezeguet, yang no 4 dari kanan tu lah Amy Search. Cikgu tak bagi rambut panjang ke sekolah, tak boleh cecah kolar baju, sebab tu dia sanggulkan rambut ke atas. Amy Search nama dia atas stage, nama dalam IC, Amy Singh.
Wed 14-Nov-2007 21:25
Posted by:virus promoter
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 31-Oct-2007 22:11 Email | Share | | Bookmark
Tutup kedai..

 
 
 
View all 6 photos...
Rasa macam dah lama di sini, maka sampailah masanya giliran saya menutup kedai..tapi belum sepenuhnya. Kena tunggu apa kata tokeh.

-virus promoter-






-my boss and I share the work. I do 100%, he does what's left-

tahniah. Kami baru nak start meniaga.... Sayang tengok tomato-tomato tu, kalau buat kerabu tomato pun sedap
Thu 1-Nov-2007 13:43
Posted by:fifi fad
Uncle. Dah bergelar Dr ke? Abah Haziq tgh sakit. Sakit teramat. Dia kata kepala rasa nak pecah...kalo Uncle dah dpt Dr..doakan dia jugak...kesian Haziq tengok abah...
Thu 1-Nov-2007 19:23
Posted by:Haziq  - [Link]
Terima kasih semua..tapi belum tutup sepenuhnya, ada satu lagi tingkap yg dibiarkan bukak. Manalah tahu, last-last minit ada customer bertandang.

Semoga kedai Fandy nanti akan menjadi supermarket dalam tempoh 3 tahun ini.

wazir cute kena pesan kat abah, jgn biarkan komputer 'on' sokmo..sekali-sekala kena 'off' jugak. Tapi abah baru 'off'kan masa pergi france hari tu kan?

tak larat nak tengok tomato dah, fifi fad..habis dah kena tebang. Dah lapang dah glasshouse tu, selapang kepala saya..

Haziq, belum lagi haziq oii..haziq nampak tak gambar buah tomato yg bersepai kat atas tu? itulah ibaratnya kepala uncle sekarang ni. Cakap kat abah, kepala abah tu ok lagi..belum tahap tomato yg bersepai..
Fri 2-Nov-2007 22:02
Posted by:v-promoter
View all 5 comments Add comment


Sunday, 28-Oct-2007 21:12 Email | Share | | Bookmark
Salam Raya Idulfitri 2007

rumah first kitaorang kumpul, sebelum jalan ke rumah yg lain
untung saya dan wan, dapat bodyguard yang tough, loyal & vogue..
tekun dengar Dr. Fendy menceritakan kemeriahan raya di Tanzania.
View all 34 photos...
Himpunan gambar-gambar raya hari tu. Kebanyakkan gambar-gambar di sini - lebih kurang 100% - adalah daripada fotopages rakan-rakan. Terima kasih kepada semua.

-virus promoter-

p/s-kalau diaorang update fotopages masing-masing, maka secara otomatik terupdatelah fotopages saya ini..















erm..rasa macam tengok fp sendirik jer
Thu 1-Nov-2007 13:40
Posted by:fifi fad
ish...ishhh..ishh..
lawa nya keta Y 292 NFM tu...
pinjam sat......
Wed 7-Nov-2007 11:04
Posted by:gerrard
dalam gambar, semua nampak ok. Lagi pun itu semua daki dunia, encik gerrard..
Tue 13-Nov-2007 21:58
Posted by:virus-p
View all 5 comments Add comment


Saturday, 8-Sep-2007 16:10 Email | Share | | Bookmark
Sehari di sekolah rendah jenis kebangsaan dot..dot..dot..

 
 
 
View all 4 photos...
Ntah kenapa, terawal pulak datang menemani umairah ke sekolah. Tak ramai lagi orang datang. Tapi rasanya dah nak pukul 9 (jam pulak tak bawak..hmm)


salam
vpromoter



Tak pa En. gerrard. Petang ni kita tunggu England lawan Australia pulak. Kita tengok Jonny punya sepak, power ke dak lagi. Fais tregezet mugkin tak sempat tengok game ni kot sebab dia tengah sibuk layan email anak2 buah nak berhari raya. Sabar byk2, fais.
Sat 6-Oct-2007 09:48
Posted by:virus promoter noorazmi75@yahoo.com
en promoter yg ada virus..
aku lupa nak ucap selamat hari raya kat hang......(walaupun hang tak update FP, takpa, aku maafkan hang).....

apa raaaa england nie...
menang la pulak lawan australia....cehhhh....
time group tak power sangat......
dapat pt kat jonny sajaa.......
baik bagi fiji masuk, baru best tgk depa main...
tgk derasau punya larian....pehhhhhhh....mmg superb....
Wed 10-Oct-2007 22:19
Posted by:gerrard
cerita lama dah tu encik gerrard...springbok power. Dan england memang tak layak menang pun masa final. banyak sangat knock on. macam budak sekolah main. line out pun banyak kalah.
Wed 7-Nov-2007 09:51
Posted by:virus promoter
View all 8 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.